Kem Latihan Pengawas Perpustakaan Tingkatan 1 2022

Masa: 9.30am – 11.30pm

Lokasi: Perpustakaan Sekolah

Kem Latihan Pengawas Perpustakaan Tingkatan 1 telah dianjurkan pada hari Sabtu iaitu 17 September 2022 di perpustakaan sekolah. Kem ini telah dimulakan pada pukul 9.30 pagi hingga 11.30 pagi. Kem ini adalah bertujuan untuk memberi keterangan kepada pengawas perpustakaan baru tingkatan 1 tentang peranan dan tanggungjawab perpustakawan.

Beberapa stesen telah ditubuhkan dalam perpustakaan seperti sudut, bilik stor,  kaunter, majalah dan risalah serta perpustakaan Tingkatan 6. Pengawas perpustakaan tingkatan 1 telah dibahagi kepada beberapa kumpulan dan dipimpin oleh perpustakawan tingkatan empat bagi melawat dan memahami setiap sudut perpustakaan. Pengawas perpustakaan Tingkatan 4 memberikan kata dan menyambut pelajar Tingkatan 1 yang telah menjadi pengawas perpustakaan. Wakil Tingkatan 1 juga telah dilantik mengikut perbincangan kesemuaan pengawas perpustakaan Tingkatan 4.

Pada pukul 11.30 pagi, aktiviti ini tamat dan telah dijalankan dengan sungguhnya.

Pelajar Tingkatan 1 menerima keterangan tentang perpustakaan daripada pengawas perpustakaan Tingkatan 4  mengikut aliran yang disusun dan diminta pergi ke stesen yang dikehendaki

Pelajar-pelajar sedang belajar cara menggunakan mesin fotostat dengan bersungguh-sungguh

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.