PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN

Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A) : P.U (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998 , maka berikut ini dikemukakan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) Badan Pengawas Perpustakaan SMJK Perempuan China Pulau Pinang yang selepas ini disebut sebagai ‘ badan perkhidmatan ‘ sahaja.

PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT

a. Nama Persatuan : Pengawas Perpustakaan

b. Alamat : SMJK Perempuan China Pulau Pinang 2, Jalan Gottlieb, 10350 Pulau Pinang.

PERATURAN 2 MATLAMAT (MISI)

2.1 Membantu meningkatkan budaya membaca dan pembelajaran kendiri di kalangan pelajar.

2.2 Membantu mengukuhkan kemahiran mencari maklumat dan kemahiran ICT.

2.3 Menyokong usaha menjadikan perpustakaan sekolah sebuah pusat perolehan maklumat yang mutakhir.

PERATURAN 3 OBJEKTIF (VISI DAN MOTO)

3.1 Pemangkin Budaya Membaca Sepanjang Hayat Dan Pembelajaran Kendiri.

3.2 Membantu mewujudkan perpustakaan bestari yang berkelengkapan canggih.

3.3 Menyokong usaha menjadikan perpustakaan sekolah sebuah pusat perolehan maklumat mutakhir.

PERATURAN 4 KEAHLIAN

4.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini.

4.2 Pemohonan menjadi ahli adalah dengan cara menemu duga.

4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan badan perkhidmatan ini.

PERATURAN 5 PEMILIHAN PENGAWAS PERPUSTAKAAN

5.1 Calon-calon yang ingin menjadi pengawas perpustakaan boleh melaporkan namanya kepada pengawas perpustakaan.

5.2 Pemilihan pengawas perpustakaan akan dijalankan berdasarkan beberapa kualiti berikut , iaitu semangat bertanggungjawab, kehormatan serta kematangan perangai.

5.3 Pemilihan pengawas perpustakaan akan diadakan sebelum Mesyuarat Agung Tahunan.

5.4 Guru-guru dan pengawas-pengawas perpustakaan yang menjalankan temuduga berhak membantah pemilihan seseorang calon berdasarkan alasan yang rasional dan logik.

5.5 Selepas guru-guru bersetuju dengan senarai calon-calon yang terpilih, senarai nama bakal pengawas perpustakaan akan diumumkan.

PERATURAN 5 PENGAWAS PERPUSTAKAAN BARU

5.1 Pengawas perpustakaan baru akan diberi tempoh percubaan selama 6 bulan.

PERATURAN 6 TANGGUNGJAWAB PENGAWAS PERPUSTAKAAN

6.1 Lencana perpustakaan merupakan simbol kehormatan, jadi semua pengawas Perpustakaan mesti memakai lencana mereka pada bila-bila masa.

6.2 Seseorang pengawas perpustakaan harus sentiasa berkelakuan baik, adil dan bertanggungjawab.

6.3 Pengawas-pengawas perpustakaan harus tegas dan adil semasa bertugus. Jika seseorang pelajar telah melanggar peraturan perpustakaan, para pengawas perpustakaan sepatutnya mengambil tindakan yang sesuai dan bukannya memilih kasih kerana takut dimarahi kawan.

6.4 Segala mesyuarat penting harus dihadiri semua pengawas perpustakaan.

PERATURAN 7 GURU PENASIHAT

7.1 Guru-guru penasihat perpustakaan akan dilantik oleh pengetua sekolah.

7.2 Beliau akan menasihat dan membinbing para pengawas perpustakaan dalam semua perkara.

7.3 Pengawas perpustakaan boleh mengemukakan apa-apa perkara yang berkaitan dengan urusan perpustakaan kepada guru-guru penasihat.

PERATURAN 8 AHLI JAWATANKUASA

8.1 Dilantik oleh guru penasihat kecuali wakil tingkatan. 8.2 Ahli yang aktif layak docalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.

8.3 Pemilihan wakil tingkatan secara undian.

8.4 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah berjumpa dengan Guru Penasihat.

8.5 Ahli Jawatankuasa Badan Perkhidmatan hendaklah terdiri :-

8.5.1 Pengerusi

8.5.2 Naib Pengerusi

8.5.3 Setiausaha dan Penolong Setiausaha

8.5.4 Bendahari

8.5.5 Ketua Disiplin

8.5.6 Ketua Hal Ehwal

8.5.7 Ketua Nilam

8.5.8 Ketua Komputer dan Binding

PERATURAN 9 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

9.1 Pengerusi 9.1.1 Pengerusi mewakili semus pengawas perpustakaan dalam perpustakaan.

9.1.2 Dia akan mengerusikan segala mesyuarat pengawas perpustakaan.

9.1.3 Dia akan mengagihkan tugas-tugas kepada para pengawas perpustakaan.

9.1.4 Segala keputusan yang dibuat melalui mesyuarat mesti mendapat persetujuannya.

9.2 Naib Pengerusi

9.2.1 Dia akan membantu pengerusi dalam semua perkara.

9.2.2 Dia akan megambil tempat pengerusi semasa ketidakhadiran pengerusi.

9.2.3 Dia tidak boleh buat apa-apa keputusan tanpa merujuk kepada pengerusi kecuali dia diberi kuasa untuk berbuat demikian.

9.3 Setiausaha dan Penolong Setiausaha

9.3.1 Mencatat minit mesyuarat dan menyimpan satu rekod tentang semua mesyuarat yang diadakan.

9.3.2 Bertanggungjawab ke atas perihal surat-mesyuarat pengawas perpustakaan.

9.3.3 Menbuat laporan aktiviti pengawas perpustakaan.

9.3.4 Mengambil kehadiran pengawas perpustakaan untuk sesuatu aktiviti.

9.3.5 Menguruskan segala kertas kerja yang diperlukan untuk pengerusan dan perlaksanaan aktiviti pengawas perpustakaan.

9.4 Bendahari

9.4.1 Mengutip bayaran daripada semua perpustakaan apabila perhimpunan pengawas perpustakaan diadakan.

9.4.2 Menyimpan satu akaun tentang perbelanjaan perpustakaan.

9.4.3 Merekod sebarang penerimaan dan pembayaran dalam buku akaun dan melaporkan kepada guru penasihat pengawas perpustakaan pada setiap akhir bulan.

9.4.5 Penggunaan wang akan diberitahu kepada pengerusi terlebih dahulu.

9.5 Ketua Disiplin

9.5.1 Mengemaskini peraturan-peraturan pengawas perpustakaan dari semasa ke semasa .

9.5.2 Bertanggungjawab terhadap semua hal yang berkaitan dengan disiplin di kalangan pengawas perpustakaan.

9.5.3 Megeluarkan surat amaran,surat perletakan jawatan, surat pelucutan jawatan , surat demerit, surat merit atau surat pelantikan kepada pelajar berkenaan.

9.5.4 Merekod dan menyimpan suatu senarai pemberian markah disiplin dan menyerahkan kepada pengerusi pada akhir penggal.

9.6 KETUA HAL EHWAL

9.6.1 Bertanggungjawab ke atas alat-alat perpustakaan dan kebersihan perpustakaan.

9.6.2 Bertanggungjawab menempoh dan membeli alat yang diperlukan.

9.6.3 Mengatur jadual masa untuk membersihkan pendigin udara di perpustakaan.

9.6.4 Menjaga kebersihan semasa majlis diadakan.

9.7 Ketua Nilam

9.7.1 Membuat laporan tentang Program Nilam

9.8 Ketua Komputer dan Binding

9.8.1 Menguruskan hal-hal tentang penjilidan buku.

9.8.2 Menjaga mesin Photostat dan mesin penjilidan.

9.8.3 Menguruskan semua hal tentang komputer.

9.8.4 Menjaga kebersihan komputer.

PERATURAN 10 KEWANGAN

10.1 Badan perkhidmatan tidak mengutip yuran dari ahli-ahli.

10.2 Pungutan wang daripada ahli untuk melaksanakan aktiviti badan perkhidmatan mesti mendapat kebenaran guru penasihat badan perkhidmatan.

10.3 Hanya bendahari dan penolong bendahari dibenarkan mengutip wang untuk aktiviti dan membeli kemeja T badan perkhidmatan setelah guru penasihat mengeluarkan notis pemberitahuan.

10.4 Badan perkhidmatan juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti yang diluluskan oleh pihak sekolah

10.5 Semua pungutan atau penyimpanan wajib dimasukkan ke dalam Akaun Badan Perkhidmatan.

10.6 Semua pembayaran daripada akaun badan perkhidmatan mesti disokong dengan resit rasmi. Jika tiada resit rasmi, tuntutan wang oleh ahli tidak dibenarkan.

10.7 Pembentangan status kewangan badan perkhidmatan wajib dilaksanakan semasa Mesyuarat Agung dan perjumpaan khas supaya semua ahli mengetahui kedudukan kewangan.

PERATURAN 11 AKTIVITI

11.1 Dijalankan seperti yang dirancang oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa.

11.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.

PERATURAN 12 KELAB-KELAB KHAS (KELAB MEMBACA)

12.1 Pengawas perpustakaan yang lulus dalam peperiksaan ‘tag’ hanya boleh menyertai kelab membaca ini.

Setiap pengawas perpustakaan yang hanya lulus wajib memenuhi jumlah jam bertugas yang ditetapkan.

Jawatan – Kelayakan ahli Kelab Membaca :

a) Ahli – menyertai sekurang-kurangnya 9 jam projek khas kelab

b) Ahli Aktif – menyertai sekurang-kurangnya 12 jam projek khas kelab

c) AJK & AJK Utama dipilih oleh guru berdasarkan thap keaktifan penglibatan dan komitmen.

12.2  Panduan Kira Kelayakan Kehadiran Ahli adalah seperti berikut :

a) 100%kehadiran –  ahli mesti menyertai sekurang-kurangnya 14 jam projek khas kelab

b) 90%kehadiran –  menyertai sekurang-kurangnya 13 jam projek khas kelab

c) 80%kehadiran –  menyertai sekurang-kurangnya 12 jam projek khas kelab

d) 70%kehadiran –  menyertai sekurang-kurangnya 11 jam projek khas kelab

e) 60%kehadiran –  menyertai sekurang-kurangnya 10 jam projek khas kelab

f) 50%kehadiran –  menyertai sekurang-kurangnya 9 jam projek khas kelab

g) Pengawas Perpustakaan yang menyertai kurang daripada 9 jam projek khas tidak layak sebagai ahli kelab

PERATURAN 13 PERATURAN-PERATURAN DAN TINDAKAN DISIPLIN

13.1 Sila Rujuk Kepada Lampiran Perturan-peraturan Pengawas Perpustakaan.

PERATURAN 14 UJIAN-UJIAN PENGAWAS PERPUSTAKAAN

14.1 Sila Rujuk Kepada Lampiran Ujian-Ujian Pengawas Perpustakaan.

PERATURAN 15 PINDAAN PERLEMBAGAAN

15.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.

15.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat ohli ahli,ahli jawatankuasa, Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.

15.3 Satu mesyuarsat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

15.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkab dan disahkan olen Pengetua/Guru Besar.

PERATURAN 16 PEMBUBARAN PERSATUAN

16.1 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

16.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.

PERATURAN 17 HAL-HAL LAIN

17.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.

17.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikut aktiviti dengan penuh minat.

 

Comments are closed.