Skop Tugas Pengawas Perpustakaan
Lembaga Pengawas Perpustakaan merupakan satu badan perkhidmatan yang memberi pelbagai perkhidmatan kepada murid- murid. Oleh sebab itu, untuk melancarkan sistem perkhidmatan, kami mempunyai skop tugas yang dipertanggungjawabkan oleh sesetengah perpustakawan.Skop tugas telah disenaraikan di bawah:
PENGERUSI: Perpustakawan yang berhubung dengan guru-guru penasihat untuk membincang bagaimana menjadikan perpustakaan sebuah tempat yang baik dan disukai oleh semua pihak sekolah.
NAIB PENGERUSI: Perpustakawan yang membantu pengerusi mengurus semua tugas. Dia juga membantu mengagihkan tugas dan membantu melancarkan aktiviti yang dijalankan.
SETIAUSAHA : Perpustakawan yang membuat laporan dan juga menulis minit mesyuarat selepas aktiviti perpustakaan dijalankan.
NAIB SETIAUSAHA: Perpustakawan yang membantu setiausaha menerima surat dan juga menulis surat kepada kokurikulum lain jika diperlukan.
BENDAHARI: Perpustakawan yang mencatat buku akaun pada setiap hujung bulan dengan cemat dan penuh tanggungjawab untuk mengira perbelanjaan setiap bulan dan juga baki-bakinya.
NAIB BENDAHARI: Perpustakawan yang membantu bendahari mengutip wang daripada semua tingkatan perpustakawan apabila diperlukan.
KETUA DISIPLIN: Perpustakawan yang memainkan peranan menjaga disiplin perpustakawan apabila aktiviti sedang dijalankan.
PENOLONG KETUA DISIPLIN: Perpustakawan yang memainkan peranan mengagihkan duti semua tingkatan perpustakawan pada setiap hari. Dia juga memastikan semua perpustakawan pergi ke duti mereka pada masa yang ditetapkan. Selain itu, dia juga memberi dendaan kepada perpustakawan yang tidak memakai ‘ tag’ dan ‘badge’.
KETUA KEBERSIHAN: Perpustakawan yang memastikan perpustakaan sekolah adalah rapi dan bersih supaya menjadi tempat yang kondusif untuk membaca.
KETUA PROJEK HIJAU: Perpustakawan yang mengitar semula barang-barang yang terdapat dalam perpustakaan dan juga berprinsip 3R iaitu –REDUCE,REUSE DAN RECYCLE supaya tidak menjadi sampah-sarap yang dapat mencemarkan sekolah.
KETUA NILAM: Perpustakawan yang mengira peratus kelas yang menulis nilam yang tertinggi dan juga bertanggungjawab memberi penghargaan kepada murid ketika waktu perhimpunan. Dia juga membantu dalam cabutan perpustakaan ketika waktu perhimpunan.
KETUA UNIT PEPERIKSAAN : Perpustakawan yang memberi peperiksaan kepada perpustakawan untuk periksa mereka sejauh mana mereka mengetahui tentang perpustakaan.Dia juga mempunyai hak untuk meluluskan perpustakawan dengan memberi ‘tag’ dan ‘badge’.
KETUA PAPAN NOTIS: Perpustakawan yang bertanggungjawab menghiaskan papan notis yang terdapat dalam perpustakaan untuk menambahkan suasana perpustakaan yang harmoni dan tenang.