Peraturan PPS

 PERATURAN PPS

PERATURAN 8 KEWANGAN

 

8.1       Badan perkhidmatan tidak mengutip yuran daripada ahli-ahli.

 

8.2       Badan perkhidmatan juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.

 

8.3       Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun Badan Perkhidmatan.

 

 

 

PERATURAN 9 KEHADIRAN/PENYERTAAN

 

9.1       Bilangan hari bertugas wajib di pusat sumber mestilah mencukupi seperti yang ditetapkan.

 

9.2       PPS wajib bertugas untuk acara-acara khas ( penempatan PA badan koku lain, dll) pada hari Sabtu dan Ahad.

 

9.3       AJK haruslah sedia bertugas untuk acara-acara khas pada bila-bila masa.

 

9.4       Jika tidak memenuhi syarat-syarat tersebut, seseorang PPS akan dilucutkan jawatannya

 

 

 

 

PERATURAN 10 AKTIVITI

 

10.1     Dijalankan seperti yang dirancang oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa.

 

10.2      Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan

kepada pengetahuan ahli.

 

 

 

PERATURAN 11 PERATURAN-PERATURAN

 

11.1     Setiap PPS mempunyai 8 markah disiplin,yakni markah disiplin.

 

11.2     PPS yang melanggar peraturan pusat sumber sekolah akan ditolak markah disiplin.

 

11.3     Ahli jawatankuasa PPS yang melanggar peraturan akan ditolak markah disiplin yang berganda dua.

 

11.4     Kelayakan sebagai PPS akan dibatalkan jika 8 markah disiplin habis ditolak.

 

11.5     PPS yang melanggar peraturan sekolah dan ditolak markah dimerit melebihi 20 markah akan dilucutkan jawatannya sebagai PPS.

 

11.6     Setiap PPS diwajibkan menghadiri AGM. Jika tidak hadir tanpa alasan yang munasabah kelayakan sebagai PPS akan dibatalkan.

 

11.7     PPS yang dibatalkan kelayakannya atau yang meletakkan jawatan tanpa

kebenaran akan

(i)   dikenakan 8 markah demerit oleh unit disiplin sekolah

(ii)  Tidak dibenarkan memegang sebarang jawatan di dalam kelab/ persatuan/   badan kokurikulum yang lain.

 

11.8     Waktu dan tempat bertugas

11.8.1 Setiap PPS diwajibkan menjalankan tugas mengikut jadual waktu   bertugas yang  telah ditetapkan.

Tempat bertugas PPS merangkumi:

(a)Bilik Media    }        Sebelum waktu persekolahan

(b)Makmal SAL }        Sebelum waktu persekolahan

(c)Kaunter PPS (sebelum loceng berbunyi dan semasa waktu rehat)

(d)Lain lain (perhimpunan, konsert, penempahan PA, dll)

 

11.8.2  PPS tidak boleh lewat semasa bertugas.

 

11.8.3  PPS yang bertugas mesti berada di tempat tugasnya kecuali mereka         yang mempunyai urusan rasmi.

 

11.8.4  PPS mesti menjalankan tugas kebersihan dan merujuk kepada papan       notis untuk menjalankan tugas yang disuruh oleh guru penasihat.

 

11.8.5. PPS mesti memeriksa semua peralatan dan tutup tingkap di dalam bilik     media sebelum meninggalkan bilik media selepas bertugas.

 

11.8.6  Semasa menjalankan tugas di bilik media, tidak boleh memasang penyaman udara.

11.8.7. Kehadiran akan dibatalkan jika PPS balik awal semasa bertugas tanpa      kebenaran guru PPS.

 

 

 

11.9     Kehadiran

11.9.1  PPS yang tidak hadir bertugas mengikut jadual bertugas mesti menyurah surat sokongan dengan alasan yang munasabah serta mengganti balik   tugas pada hari yang lain dalam masa 1 bulan.

 

11.9.2  PPS yang tidak dapat bertugas mesti mencari pengganti dan          memberitahu AJK sebelum hari bertugas tersebut.

 

11.9.3  PPS mesti menghadiri semua perjumpaan PPS yang deberitahu tidak       dikira di papan kenyataan atau diumumkan oleh pihak sekolah dari semasa ke semasa. Jika tidak menghadiri mesyurat /taklimat/ kem latihan/ hari ulang tahun tanpa sebeb yang munasabah, markah disiplin            akan ditolak.

 

11.9.4  PPS tidak boleh datang lewat semasa menghadiri sebarang             perjumpaan( taklimat/ mesyuarat/ kursus/ kem dll)

 

11.9.5  Kehadiran akan dibatalkan jika PPS balik awal semasa perjumpaan tanpa             kebenaran  guru PPS.

 

11.10   Disiplin dalam Pusat Sumber (Bilik Media, Makmal SAL)

11.10.1 Tidak boleh membawa kawan bukan PPS  ke dalam Pusat Sumber                       tanpa urusan rasmi atau kebenaran guru.

 

11.10.2 Tidak boleh makan dan minum( kecuali air kosong) dalam pusat sumber.

 

11.10.3 Tidak boleh menyimpan barang sendiri dalam pusat sumber.

 

11.10.4 Tidak boleh menyimpan barang larangan dalam pusat sumber.

 

11.10.5 Tidak boleh menjadikan pusat sumber sebagai tempat untuk ponteng                     kelas

 

11.10.6 Harus mengikuti arahan guru penasihat/ AJK.

 

11.10.7 Harus menghormati guru penasihat/ AJK

 

11.10.8 Tidak boleh menonton rancangan TV/ VCD/ VCR/ tayangan semasa                     berugas.

 

11.10.9 Tidak boleh mencuri sebarang bahan / alat/ harta benda pusat sumber.

 

11.11   Tag Nama

11.11.1 Setiap PPS termasuk PPS percubaan mesti memakai tag nama ketika                 berada di kawasan sekolah dan ketika bertugas.

 

11.11.2 PPS hendaklah melapor segera kepada AJK jika kehilangan tag.

 

11.11.3 Tag nama tidak boleh dipinjam kepada kawan.

 

11.11.4 PPS yang menghilangkan atau tidak membawa tag nama dikehendaki                  memakai tag sementara.

 

11.11.5 Tag nama tidak boleh menutupi nombor sekolah pada lencana sekolah.

 

 

11.12   Pengawas Pusat Sumber Percubaan

11.12.1 Setiap PPS percubaan mempunyai 4 markah disiplin.

 

11.12.2 Kelayakan sebagai PPS percubaan  akan dibatalkan jika 4 markah habis

ditolak.

 

 

 

11.12.3 Bagi mereka yang letak jawatan sebagai PPS percubaan tanpa

kebenaran guru PPS, markah demerit sebanyak 1-2 akan dikenakan oleh

Unit Disipin Sekolah.

 

11.12.4  Bagi mereka yang gagal, tindakan disiplin akan diambil berdasarkan

dan prestasi semasa tempoh percubaanya mengikut budi bicara

guru-guru penasihat.

 

 

11.13   Lain-Lain

 

11.13.1 Setiap PPS dikehendaki mengambil kedatangan di kaunter PPS setiap                              hari sebelum loceng berbunyi.

 

11.13.2 PPS mesti menyerahkan sesuatu seperti yuran ahli yang diminta oleh                                AJK atau guru penasihat dengan secepat mungkin.

 

11.13.3 Setiap PPS yang mempunyai tugas semasa waktu persekolahannya                                 perlu mendapatkan slip kebenaran daripada guru PPS berkenaan/ pihak                            pentadbir sekolah.

 

 

PERATURAN 12 TINDAKAN DISIPLIN

 

12.1     Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan badan perkhidmatan dan                             tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

 

12.2     Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:

 

12.2.1 Amaran lisan

12.2.2 Amaran bertulis

 

12.3     Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat

rayuan kepada Guru Penasihat badan perkhidmatan secara bertulis dan    keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

 

 

 

PERATURAN 13 PINDAAN PERLEMBAGAAN

 

13.1     Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.

 

13.2     Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa,

Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.

 

13.3     Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli

Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya

jika perlu.

 

13.4     Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh

Pengetua/Guru Besar.

 

 

PERATURAN 14 PEMBUBARAN PERSATUAN

 

14.1     Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati

melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

 

14.2     Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat

Agung Tergempar.

 

 

PERATURAN 15 HAL-HAL LAIN

 

15.1     Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti

yang dijalankan.

 

Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.