Gotong-Royong Pengawas Perpustakaan Ke-2

TARIKH: 3 SEPTEMBER 2022

MASA: 8.00-10.00a.m

LOKASI: PERPUSTAKAAN

Pada hari ini, Lembaga Pengawas Perpustakaan telah menganjurkan aktiviti gotong-royong yang merupakan kali kedua dalam tahun 2022 ini. Aktiviti ini telah dihadiri oleh 36 ahli perpustakawan dan juga mempunyai seorang guru perpustakaan mengiringi kami dalam aktiviti ini iaitu Pn. Seow Soo Koon. Tujuan aktiviti gotong-royong ini adalah untuk memastikan semua ahli mengamalkan nilai cinta akan alam sekitar dan kepentingan untuk menjaga kebersihan perpustakaan sekolah. Perpustakaan merupakan tempat yang memberi suasana yang tenang dan harmoni supaya menjadi tempat yang kondusif untuk memberi murid-murid belajar dalam perpustakaan. Kami telah berganding bahu membersihkan perpustakaan seperti menyapu, mengelap dan juga menyusun rak buku sehingga rapi dan tidak berselerak. Kami telah memupuk semangat kerjasama dan bersatu padu antara ahli perpustakawan. Aktiviti ini telah berjalan dengan lancar.

Perpustakawan sedang bertanggungjawab menjalankan tugas mereka.

Ahli perpustakawan sedang menyumbang tenaga mengelap dan menyusun kaunter perpustakaan.

Ahli perpustakawan sedang mengelap dan menyusun kerusi dalam perpustakaan

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.