Perlembagaan PPS

Badan Pengawas Pusat Sumber

SMJK Perempuan China Pulau Pinang

  1. PENDAFTARAN K007/2011/SMJKPCPP

 

PERLEMBAGAAN PERSATUAN

 

Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan

Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11,

Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini

dikemukakan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) Badan Pengawas Pusat Sumber SMJK Perempuan China Pulau Pinang yang selepas ini disebut sebagai ”badan perkhidmatan” sahaja.

 

 

PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT

 

  1. Nama Persatuan: Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PPS)

SMJK Perempuan China Pulau Pinang

  1. Alamat: 2, Jalan Gottlieb,

                                                10350 Pulau Pinang.

 

 

PERATURAN 2 MATLAMAT (MISI)

 

      2.1       Membantu penghasilan BBM yang berkualiti dan efektif.

 

2.2       Menyokong pelaksanaan proses P&P yang menggunakan pelbagai alternatif strategi pengajaran yang menarik dan berkesan.

 

2.3       Membantu membudayakan P&P berasaskan sumber teknologi bersesuaian dengan era kemahiran ICT.

 

 

PERATURAN 3 OBJEKTIF (VISI DAN MOTO)

 

3.1       Menjadi pemangkin dalam pembentukan pusat pengajaran dan pembelajaran        yang efektif dengan membantu menyediakan alternatif bagi strategi pengajaran.

 

3.2       Memberi perkhidmatan dalam penghasilan bahan bantu mengajar yang berteknologi dan berkualiti.

 

3.3       Menyokong pembentukan pusat sumber bestari yang berkelengkapan canggih

           

3.4       Pemangkin Keberkesanan Pengajaran Dan Pembelajaran

 

 

PERATURAN 4 KEAHLIAN

 

4.1       Dibuka kepada semua murid sekolah ini.

 

4.2       Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara menemu duga.

 

4.3       Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan

dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan

badan perkhidmatan ini.

 

 

PERATURAN 5 GURU PENASIHAT

 

5.1       Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

 

5.2       Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan

pelaksanaan sesuatu aktiviti.

 

5.3       Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti

dijalankan.

 

 

PERATURAN 6 AHLI JAWATANKUASA

 

6.1       Dilantik oleh guru penasihat kecuali wakil tingkatan.

 

6.2       Ahli yang aktif layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.

 

6.3       Pemilihan wakil tingkatan secara undian.

 

6.4       Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah berjumpa dengan Guru Penasihat.

 

6.5       Ahli Jawatankuasa Badan Perkhidmatan hendaklah terdiri:-

 

6.5.1    Pengerusi

 

6.5.2    Naib Pengerusi

 

6.5.3    Setiausaha

 

6.5.4    Bendahari

 

6.5.5    Ketua disiplin

 

6.5.6    Ketua DC

 

6.5.7    Ketua VC

 

6.5.8    Ketua PA

 

6.5.9    Ketua Kebersihan

 

6.5.10  Ketua Blog

 

6.5.11  Ketua Keceriaan

 

 

PERATURAN 7 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

 

7.1       Pengerusi

 

7.1.1    Mempengerusikan semua masyuarat Jawatankuasa kerja PPS.

 

7.1.2    Boleh memanggil mesyuarat Jawatankuasa kerja PPS apabila perlu.

 

7.1.3    Mengeluarkan notis pemberitahuan kepada ahli PPS mengenai rancangan / aktiviti / tugas PPS dari semasa ke semasa.

7.1.4    Mengkoordinasi semua aktiviti PPS.

 

7.1.5    Memantau segala rancangan / aktiviti / tugas / disiplin PPS supaya berjalan lancar.

 

7.1.6    Menjalankan tugas yang diamanahkan oleh Guru PPS dan Guru Media dan Perpustakaan dalam bidang pentadbiran dan pengurusan.

 

7.1.7    Melaporkan segala kerosakan harta benda Pusat Sumber Sekolah dan masalah disiplin kepada Guru PPS dan Guru Media dan Perpustakaan.

7.1.8    Mengetuai AJK PPS lain menjalankan penyemakan stok, iaitu stok-stok di Bilik Media, Bilik Visual dan SAL Lab.

 

7.1.9    Merancang dan mengawasi prosedur pengambilan baru dan perlantikan PPS percubaan.

 

7.1.10  Merancang dan mengawasi kem latihan.

 

 

7.2       Naib Pengerusi

 

7.2.1    Memantau aktiviti atau tugas yang berkaitan dengan sistem siaraya.

 

7.2.2    Menyemak stok-stok sistem siarayadi dalam dewan, auditorium dan sebagainya.

 

7.2.3    Membantu Guru PPS dan Guru Media dan Perpustakaan dalam pengurusan dan pengendalian sistem siaraya.

 

7.2.4    Membantu pengerusi menjalankan tugasan harian.

 

7.2.5    Boleh menggantikan tempat pengerusi jika pengerusi tidak hadir dalam sebarang mesyuarat atau tugasan.

 

 

7.3       Setiausaha

 

7.3.1    Mencatat minit mesyuarat PPS.

 

7.3.2    Menguruskan dan mengemaskinikan fail-fail PPS.

 

7.3.3    Menguruskan stok tag nama PPS.

 

7.3.4    Menyimpan semua fail dan rekod PPS.

 

7.3.5    Membuat laporan aktiviti PPS.

 

7.3.6    Mengambil kehadiran PPS untuk sesuatu aktiviti.

 

7.3.7    Menguruskan segala kertas kerja yang diperlukan untuk pengurusan dan perlaksanaan aktiviti PPS.

 

7.3.8    Membantu pengerusi menyemak stok Pusat Sumber.

 

 

 

 

7.4       Bendahari

 

7.4.1    Mengutip bayaran daripada PPS seperti yuran ahli dan lain-lain.

 

7.4.2    Mengendalikan urusan pembelian atau penjualan item-item PPS seperti tag nama, T-shirt dan sebagainya yang berkaitan dengan PPS.

 

7.4.3    Merekod sebarang penerimaan dan pembayaran dalam buku akaun dan melaporkan kepada guru PPS pada setiap akhir bulan.

 

7.4.5    Menyediakan Laporan Kewangan Tahunan PPS pada akhir tahun dan membentangkan di AGM.

 

7.5       Ketua Disiplin

 

7.5.1    Mengemaskini peraturan-peraturan PPS dari semasa ke semasa.

 

7.5.2    Menyemak kehadiran PPS bertugas di bilik media, SAL Lab dan kedatangan di kaunter PPS.

 

7.5.3    Memantau disiplin PPS semasa bertugas di bilik media dan SAL Lab.

 

7.5.4    Mengatur jadual bertugas PPS.

 

7.5.5    Menyedia jadual bertugas tahunan PPS.

 

7.5.6    Mengeluarkan surat amaran, surat perletakan jawatan, surat pelucutan jawatan, surat demerit, surat merit atau surat pelantikan kepada pelajar berkenaan.

 

7.5.7    Menyediakan laporan disiplin tahunan dan membentangkannya semasa Mesyurat Agung Tahunan.

 

7.5.8    Menguruskan kad kokurikulum PPS pada akhir tahun.

 

7.5.9    Menyimpan rekod kehadiran bertugas PPS di bilik media, SAL Lab, dan kedatangan di kaunter PPS.

 

7.5.10  Menjalankan tugas yang diarahkan oleh guru PPS.

 

 

7.6       Ketua DC (Digital Camera)

7.6.1    Mengambil foto bagi semua aktiviti sekolah seperti ceramah, perhimpunan, hari sukan, majlis penyampaian hadiah, jamuan perpisahan, malam budaya, hari guru dan lain-lain untuk tujuan membuat dokumentasi.

 

7.6.2    Memastikan kamera dan bateri berada dalam keadaan yang baik setiap masa.

 

7.6.3    Melapor sebarang kerosakan pada alatan kamera kepada guru Pusat Sumber dengan segera.

 

7.6.4    Download foto ke dalam hard disk selepas mengambil foto untuk disimpan bagi membuat dokumentasi.

 

7.6.5    Memastikan bateri dicaj dengan sepenuhnya setiap kali sebelum dan selepas digunakan.

 

 

7.7       Ketua VC (Video Camera )

7.7.1    Mengecaj bateri sehari sebelum video canera hendak diguna dan mesti simpan balik ke tempat asal sebelum pulang.

 

7.7.2    Mendapatkan mini DV (baru) daripada guru perpustakaan dan media, (lama) daripada pusat sumber sehari sebelum.

 

7.7.3    Merekod video tentang perkara seperti perhimpunan sekolah, pertandingan dan lain-lain.

 

7.7.4    Bagi siaran live, dapatkan live wire dari dewan dan connect to video camera.

 

7.7.5    Perlu berbuat sedia setengah jam sebelum perhimpunan diadakan.

 

7.7.6    Selepas rekod, dapatkan borang dari almari plastic kecil di pusat sumber dan isikan.

 

7.7.7    Untuk converting, connect firewire dengan player dan video camera.

 

7.7.8    Download kandungan mini DV ke dalam HDD mengikut instruksi dan kemudian ke DVD.

 

7.7.9    Beri DVD kepada guru berkenaan atau letak di kotak yang disediakan.

 

 

7.8       Ketua PA

         7.8.1    Mengendalikan PA sistem di sekolah.

 

7.8.2    Mengaturkan jadual bertugas untuk tugasan Hari Sabtu dan Ahad.

 

7.8.3    Menyemak stok di Bilik Kawalan PA dan Auditorium.

 

7.8.4    Memberikan latihan tentang PA sistem kepada PPS.

 

 

 

7.9          Ketua Kebersihan

 

7.9.1    Menyediakan borang kerja pembersihan.

 

7.9.2    Memeriksa dan memastikan altan pembersihan yang diperlukan lengkap dan mencukupi.

 

7.9.3    Mengambil tindakan terhadap PPS yang hadir tetapi tidak membuat kerja kebersihan dan sesiapa yang tidak ke gotong-royong tanpa sebab yang munasabah.

 

7.10       Ketua Blog

7.10.1  Bertanggungjawab terhadap urusan blog di laman web sekolah.

 

7.10.2   Mengemaskini blog PPS dari semasa ke semasa.

 

7.11    Ketua Keceriaan

7.11.1  Bertanggungjawab terhadap kebersihan dan keceriaan pada semua tempat bertugas PPS.

 

7.11.2  Merancang aktiviti gotong-royong supaya mengadakan dua kali gotong-royong dalamsatu tahun.

 

7.11.3  Membuat persediaan gotong-royong seperti memasti jumlah pelajar dan alatan serta mengambil kehadiran sebelum dan selepas gotong-royong.

 

7.11.4  Memastikan ketua kebersihan menyerahkan borang kerja kebersihan kepada pihak sekolah dalam masa yang ditetapkan.

 

 

 

Perlembagaan Kelab Siaraya

SMJK Perempuan China Pulau Pinang

 

  1. Persatuan ini dikenali sebagai nama Kelab Siaraya.
  2. Alamat rasmi (sekolah) persatuan: 2, Jalan Gottlieb, 10350 Pulau Pinang.
  3. Motto: Pemangkin Keberkesanan Pengajaran Dan Pembelajaran.
  4. Visi: Ahli Kelab Siaraya sentiasa berusaha untuk:

4.1. Menjadi pemangkin dalam pembentukan pusat pengajaran dan pembelajaran yang efektif dengan membantu menyediakan alternatif bagi strategi pengajaran.

4.2. Memberi perkhidmatan dalam penghasilan bahan bantu mengajar yang berteknologi dan berkualiti.

4.3. Menyokong pembentukan pusat sumber bestari yang berkelengkapan canggih.

 

  1. Misi: Ahli Kelab Siaraya bersedia untuk memberi perkhidmatan yang dapat:

5.1. Menyokong pelaksanaan proses P&P yang menggunakan pelbagai alternatif strategi pengajaran yang menarik dan berkesan.

5.2. Membantu membudayakan P&P berasaskan sumber teknologi bersesuaian dengan era kemahiran ICT.

  1. Setiap ahli perlu merupakan seorang Pengawas Pusat Sumber.
  2. Sila rujuk kepada Perlembagaan Pengawas Pusat Sumber.

 

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.