Pengawas Pusat Sumber

 Pengenalan PPS

Pengawas Pusat Sumber (PPS) merupakan sebuah badan perkhidmatan yang bertugas di bawah Pusat Sumber Sekolah (PSS). PPS mengendalikan sistem siaraya di sekolah.

Skop tugas PPS merangkumi apa-apa aktiviti sekolah yang melibatkan penggunaan sistem siaraya.Contohnya perhimpunan sekolah dan hari sukan. Selain itu, PPS juga bertugas untuk acara-acara khas penempahan PA, badan koku yang lain (seperti anniversary, farewell dan lain-lain). Tambahan pula, PPS memberi perkhidmatan mengambil foto digital (DC) dan video digital (VC).

Moto PPS

Pemangkin Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran

Visi PPS

Pengawas Pusat Sumber Sekolah sentiasa berusaha untuk:

  • menjadi pemangkin dalam pembentukan pusat pengajaran dan pembelajaran yang efektif dengan membantu menyediakan alternatif bagi strategi pengajaran.
  • memberi perkhidmatan dalam penghasilan bahan bantu mengajar yang berteknologi dan berkualiti.
  • menyokong pembentukan pusta sumber bestari yang berlengkapan canggih.

Misi PPS

Pengawas Pusat Sumber bersedia untuk memberi perkhidmatan yang dapat:

  • membantu penghasilan BBM yang berkualiti dan efektif.
  • menyokong pelaksanaan proses P&P yang menggunakan pelbagai alternatif strategi pengajaran yang menarik dan berkesan.
  • membantu membudayakan P&P berasaskan sumber teknologi bersesuaian dengan era kemahiran ICT.

Jenis Perkhidmatan

  • Pengambilan foto digital dan video digital.
  • Pengendalian PA semasa perhimpunan sekolah termasuk perhimpunan khas seperti Hari Guru dan Hari Koperasi.
  • Pengendalian PA untuk acara khas ( melalui penempahan oleh badan-badan kokurikulum yang lain).
  • Pengendalian PA semasa konsert sekolah dan Majlis Perpisahan bagi pelajar Tingkatan 5.
  • Penyediaan bahan multimedia.
  • Penghasilan bahan pameran sudut inovasi.

Waktu Bertugas

Bilik Media

Pagi : 8.00 a.m. – 1.15 p.m.    Petang : 1.15 p.m.- 4.00 p.m.

Makmal Multimedia SAL

Pagi : 9.00 a.m. – 1.00 p.m.   Petang : 1.45 p.m. – 4.35 p.m.

Kaunter PPS

Pagi : 7.00 a.m. – 7.20 a.m.   Petang : 12.40 p.m. – 1.15 p.m. (Semua waktu rehat)

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.