Notis Aktiviti Kem Motivasi (Outing) Pengawas Perpustakaan 2015

Aktiviti Kem Motivasi pengawas perpustakaan akan diadakan pada hari Sabtu yang akan datang. Semua ahli diwajibkan datang ke aktiviti ini. Tarikh: 18 April 2015 Masa: 8am ~ 12pm Tempat: Berkumpul di kantin sekolah dan aktiviti akan diadakan di seluruh kawasan sekolah. Semua ahli perlulah mengambil kedatangan sebelum 15 minit permulaan aktiviti ini.

Laporan Gotong-royong Pengawas Perpustakaan 2015

Gotong-royong di perpustakaan sekolah telah diadakan pada 28 Mac 2015 (Sabtu). Aktiviti ini telah dijalankan selama 3 jam iaitu dimulakan pada 9 pagi hingga 12 tengah hari. Semua ahli perpustakaan telah bekerjasama membersihkan perpustakaan. Pengawas perpustakaan bekerjasama menbersih penghawa dingin. Pengawas perpustakaan mengelap tingkap dan menyapu kubu di tingkap.