Laporan Kem Motivasi (Outing) Pengawas Perpustakaan 2015

Kem Motivasi Pengawas Perpustakaan telah diadakan pada hari Sabtu yang lalu ini iaitu 18 April 2015. Aktiviti ini telah dimulakan pada 8 pagi. Setiap ahli perpustakaan telah berkumpul di kantin dan menerima keterangan daripada penganjur aktiviti ini. Aktiviti ini dianjurkan adalah untuk merapatkan hubungan antara pengawas perpustakaan, mereka dapat lebih mengenali dengan satu sama lain dan dapat memupuk kerjasama antara mereka. Pelbagai permainan telah diadakan dan hukuman yang menarik telah disediakan untuk kumpulan yang gagal. Hadiah juga telah disediakan untuk kumpulan pemenang.

Pada 11 pagi, hadiah telah dibahagikan kepada pemenang. Selepas itu, setiap ahli perpustakaan telah dibekalkan makanan dan minuman. Pada pukul 12 tengah hari, aktiviti ini bersurai dan telah dijalankan dengan lancar.10660375_905651012829164_4589411043736266234_n 11149240_905651056162493_8043732801089779980_n

Hukuman diberikan kepada kumpulan yang gagal.

10628614_1047336745282499_3641753843046306543_n 11136624_809679829139387_2902310152955323487_n

Menjalankan pelbagai permainan di kawasan sekolah.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.