Notis terbaru Program NILAM

PROGRAM  NILAM

NOTIS  

Pelajar-pelajar sekalian yang disenaraikan dalam “Top10List” dan “Bottom List” perlu memberi perhatian tentang butiran persembahan pada perhimpunan sekolah yang akan datang.

Sekiranya anda dipilih dalam cabutan semasa perhimpunan, pastikan anda berkongsikan maklumat tentang bahan bacaan (fiksyen atau bukan fiksyen) dengan merangkumi perkara-perkara seperti:

  • Tajuk judul yang dibaca
  • Penulis
  • Penerbit
  • Kandungan / synopsis
  • Pendapat selepas membaca

cth:

  •  
    • Mengapa penamat / kesudahan buku ini sedemikian? Setuju dengannya atau tidak?
    • Sekiranya anda penulis, anda akan menggubal plot menjadi……..
    • Mengapa anda memilih buku ini untuk membuat persembahan?
    • Sejauh mana buku ini menarik perhatian?
    • Watak siapa yang paling menarik?
    • Bagaimana buku ini memberi impak yang memdalam?
    • Pada pendapat anda, apakah mesej yang ingin disampaikan oleh penulis?
    • Apakah nilai murni yang terserlah dalam bahan bacaan tersebut?

       

Pastikan anda membuat persediaan awal sebelum dipilih. Sekiranya anda tidak tampil depan walaupun nama anda dipilih, dan anda sememangnya hadir mengikut rekod kedatangan sekolah, anda akan dikenakan tindakan tatatertib!

Apabila nama anda dipanggil, pastikan anda angkat tangan dan naik ke pentas secepat mungkin.

Sekian, terima kasih.

Setiausaha Program NILAM

Pn Yeap Chee Beng

Comments are closed.