Gotong-Royong Pengawas Perpustakaan 2017

TARIKH: 18 FEB 2017

MASA: 8.30-11.30a.m

TEMPAT: PERPUSTAKAAN

Hari ini kami telah menjalankan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan perpustakaan sehingga bersih dan rapi. Terdapat 72  murid yang terlibat dalam aktiviti ini dan juga beberapa guru yang mengiringi kami membuat tugas masing-masing. Tugas kami terbahagi kepada menyapu lantai, mengemop lantai, meyusun rak buku dan juga mengelap kipas . Kami telah bekerjasama membuat tugas kami. Pepatah kata Melayu: berat sama dipikul , ringan sama dijinjing. Kami telah menunjukkan semangat kekitaan dalam kalangan murid. Aktiviti ini dijalankan dengan lancar.

Perpustakawan sedang berganding bahu menyusun rak majalah.

 

 

 

 

 

 

 

 

Ahli perpustakaan sedang rajin mengelap kipas dengan kain buruk.

 

 

 

 

 

 

 

 

Perpustakawan sedang menyumbang tenaga mengelap meja.

 

 

 

 

 

 

 

 

Perpustakawan sedang menyusun rak buku dengan sedaya upaya.

 

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.