AGM Pengawas Perpustakaan 2022

Tarikh : 27 Mac 2022 ( Ahad )

Masa : 8.30-9.30am

Lokasi : Google Meet

Pada hari 27 Mac 2022, Lembaga Pengawas Perpustakaan telah menganjurkan AGM 2022 melalui Google Meet. Tujuan mesyuarat ini adalah untuk memperkenalkan Ahli Jawatankuasa 2021/2022 kepada semua ahli dan memastikan semua ahli dan guru mengetahui aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun dan perbelanjaan sepanjang tahun. Mesyuarat ini bermula dengan pengenalan guru-guru penasihat dan ahli-ahli jawatankuasa 2022. Ahli-ahli jawatankuasa 2022 memperkenalkan diri dengan memberitahu nama, kelas dan jawatan mereka. Selepas itu, rancangan tahunan, peraturan Lembaga Pengawas Perpustakaan dan keputusan peperiksaan tag nama dan lencana diumumkan.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.