Gotong-Royong Pengawas Perpustakaan

TARIKH: 16 JULAI 2022

MASA: 8.00-10.00a.m

LOKASI: PERPUSTAKAAN

Pada hari ini, Lembaga Pengawas Perpustakaan telah menganjurkan aktiviti gotong-royong yang merupakan kali pertama dalam tahun 2022 ini. Aktiviti ini telah dihadiri oleh 46 ahli perpustakawan dan juga mempunyai seorang guru perpustakaan mengiringi kami dalam aktiviti ini iaitu Pn. Seow Soo Koon. Tujuan aktiviti gotong-royong ini adalah untuk membersihkan perpustakaan sehingga bersih dan kemas. Perpustakaan merupakan tempat yang memberi suasana yang tenang dan harmoni supaya menjadi tempat yang kondusif untuk memberi murid-murid belajar dalam perpustakaan. Kami telah berganding bahu membersihkan perpustakaan seperti menyapu, mengelap dan juga menyusun rak buku sehingga rapi dan tidak berselerak. Kami telah memupuk semangat kekitaan dan juga tolong-menolong antara ahli perpustakawan. Aktiviti ini telah berjalan dengan lancar.

 

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.