Training Camp Pengawas Pusat Sumber 2013
Training camp pengawas pusat sumber 2013 telah diadakan :
Tarikh : 6.4.2013 (Sabtu)
Masa : 8.00a.m. – 2.00p.m.
Tempat : Kawasan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Perempuan Cina Pulau Pinang ( Auditorium, Dewan, Kantin, Stadium, Foyer, Belanda, Bilik Mesyuarat dan Bilik Gerakan )
Tujuan training camp ini adalah untuk mengajar PA sistem yang berada di dalam kawasan sekolah dan melatih pengawas-pengawas pusat sumber percubaan Tingkatan 2, 3. Contohnya, kawasan yang terlibat ialah Auditorium, Dewan, Kantin, Stadium, Foyer, Belanda, Bilik Mesyuarat dan Bilik Gerakan). Selain itu, camp tersebut juga adalah untuk memberitahu peraturan dan tanggungjawab sebagai pusat sumber.
Pada awal pagi, semua pengawas pusat sumber telah berkumpul di Auditorium dan menjalankan pembahagian kumpulan. Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan supaya pergi ke tempat yang ditetapkan masing-masing. Guru-guru pusat sumber juga melibatkan diri dalam training camp ini. Aktivti dijalankan dengan lancar. Selepas itu, semua pengawas pusat sumber percubaan tingkatan 2, 3, dan guru-guru diberi ujian di Auditorium. Ujian tersebut adalah untuk memilih pusat sumber yang lulus dalam ujian dan menguji ilmu yang telah diajar pada awal tadi. Pengawas pusat sumber percubaan yang lulus dalam ujian akan menjadi seorang pengawas pusat sumber.
Training camp ini tamat pada pukul 2.00 petang.
Filed under: Aktiviti PPS, Laporan Aktiviti, Pengawas Pusat Sumber
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.