Aktiviti ‘Check Stock’ dan Gotong-royong Pusat Sumber 2013

 

Aktiviti ‘Check Stock’ dan Gotong-royong Pusat Sumber 2013 telah diadakan :

Tarikh : 27.7.2013 (Sabtu)

Masa : 8 a.m. – 12 p.m.

Tempat : Bilik Media, Bilik Visual, Auditorium, Dewan

Aktiviti ‘Check Stock’ dijalankan di beberapa tempat iaitu Auditorium dan dewan. Pengawas pusat sumber mengira dan menyemak jumlah mic, mic wire, mic holder, mic stand dan sebagainya  yang terdapat di dalam bilik stor. Mereka juga memeriksa PA sistem dan membahagikan barang atau alat yang telah buruk.

Aktiviti gotong-royong dijalankan di bilik media, bilik visual dan auditorium. Pengawas pusat sumber tingkatan 2, 3, dan 5 telah menyertai gotong-royong ini. Tujuan gotong-royong ini adalah untuk mengemaskan dan membersihkan bilik-bilik tersebut.

Aktiviti tersebut tamat selepas semua kerja disiapkan.

Pengawas pusat sumber mengelapkan tingkap di luar bilik visual.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.