Notis Nilam “Top 20” Bagi Program Aktiviti Galakan Membaca (Perhimpunan)
Posted on August 4th, 2009 by ycpui.ppc@smjk.edu.my
Pelajar-pelajar sekalian yang disenaraikan dalam “Top20” perlu memberi perhatian tentang butiran persembahan pada perhimpunan sekolah yang akan datang (10 Ogos 2009).
Sekiranya anda dipilih dalam cabutan semasa perhimpunan, pastikan anda berkongsikan maklumat tentang bahan bacaan (fiksyen atau bukan fiksyen) dengan merangkumi perkara-perkara seperti:
-
Tajuk judul yang dibaca
-
Penulis
-
Penerbit
-
Kandungan / synopsis
-
Pendapat selepas membaca cth:
-
-
Mengapa penamat / kesudahan buku ini sedemikian? Setuju dengannya atau tidak?
-
Sekiranya anda penulis, anda akan menggubal plot menjadi……..
-
Mengapa anda memilih buku ini untuk membuat persembahan?
-
Sejauh mana buku ini menarik perhatian?
-
Watak siapa yang paling menarik?
-
Bagaimana buku ini memberi impak yang memdalam?
-
Pada pendapat anda, apakah mesej yang ingin disampaikan oleh penulis?
-
Apakah nilai murni yang terserlah dalam bahan bacaan tersebut?
-
Pastikan anda membuat persediaan awal sebelum dipilih.
Anda akan dikenakan tindakan tatatertib sekiranya anda tidak tampil depan selepas nama anda dipilih, padahal anda sememangnya hadir mengikut rekod kedatangan sekolah !
Apabila nama anda dipanggil, pastikan anda angkat tangan dan naik ke pentas secepat mungkin untuk berkongsi makluamat tentang bahan bacaan anda.
Sijil Penyertaan bersertakan gambar akan dianugerahkan kepada pelajar yang melaksanakan aktiviti berkenaan.
Sekian, terima kasih.
Setiausaha Program NILAM
Pn Yeap Chee Beng
Filed under: Berita Terkini