Hari Ucapan 2013

Tarikh   : 19 Oktober 2013 (Sabtu)

Tempat : Dewan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Perempuan China Pulau Pinang

Masa      : 8.00am-12.30pm

Hari Ucapan telah diadakan di dewan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Perempuan China Pulau Pinang pada 19 Oktober 2013 (Sabtu). Pada hari tersebut, ahli-ahli pengawas pusat sumber telah menjalankan tugas masing-masing dengan sedaya upaya. Hari Ucapan telah dijalankan dengan lancar pada hari tersebut.

 

Ahli-ahli pengawas pusat sumber sedang memasangkan peralatan yang diperlukan semasa Hari Ucapan.

 

Ahli-ahli pengawas pusat sumber sibuk membuat persediaan di foyer sebelum Hari Ucapan bermula.

 

 

 

XSY 2013

Tarikh   : 19 Oktober 2013 (Sabtu)

Tempat : Dewan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Perempuan China Pulau Pinang

Masa      : 7:30pm-11:00pm

Majlis Mengenang Jasa Guru T5 telah diadakan di Dewan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Perempuan China Pulau Pinang pada 19 Oktober 2013 (Sabtu). Majlis ini telah bermula pada pukul 7:30pm dan tamat pada 11:00pm. Pada hari tersebut, ahli-ahli pengawas pusat sumber  telah melaksanakan tugas masing-masing dengan bersungguh-sungguh. Majlis ini telah berlangsung dengan sangat lancar.

 

Seorang ahli pengawas pusat sumber sedang memeriksa komputer riba supaya komputer riba itu dapat berfungsi baik semasa persembahan tingkatan 5 dijalankan.

Ahli-ahli pengawas pusat sumber telah menjalankan tugas dengan bersemangat.

Watikah PPS dan taklimat

Tarikh     : 5 September 2013 (Khamis)

Tempat  : Bilik Visual

Masa      : 12.00pm – 1:15pm

Guru yang terlibat   : Cik Chew Yuen Choon dan Pn Soon Yu Thai

Murid yang terlibat : Pengawas Pusat Sumber Tingkatan2 hingga Tingkatan4

Watikah PPS dan taklimat telah diadakan di bilik visual pada 5 September 2013. Pada hari tersebut, pengawas percubaan pusat sumber Tingkatan Dua telah dinaikkan pangkat sebagai ahli  rasmi dan diberikan tag berdasarkan nama mereka. Selain itu, AJK List 2014 sesi pagi dan sesi petang juga turut diumumkan. Akhir sekali, Cik Chew dan Pn Soon juga memberi taklimat ringkas kepada pengawas pusat sumber.

 

Ini merupakan tag-tag yang hendak disampaikan kepada ahli baru.

 

Gambar ini menunjukkan salah satu ahli baru pengawas pusat sumber yang menerima tag daripada Pn Soon

 

Gambar ini juga menunjukkan seorang ahli baru menerima tag daripada Pn Soon.

Laporan AGM Pengawas Perpustakaan 2013

Pengawas Perpustakaan telah mengadakan AGM 2013:

Tarikh:10.7.2013(Rabu)

Masa:12:30p.m.-1:15p.m.

Tempat:Perpustakaan Sekolah SMJK Perempuan China Pulau Pinang

 

AGM pengawas perpustakaan telah diadakan pada hari 10.7.2013  pukul 12:30p.m.  hingga pukul 1:15p.m. di perpustakaan sekolah SMJK Perempuan China Pulau Pinang.Aktiviti ini dijalankan dengan lancar.

Hari Guru 2013

Hari Guru 2013 telah diadakan :

Tarikh : 9.7.2013 (Selasa)

Masa : 8.15 a.m. -1.15 p.m. (sesi pagi), 2.30 p.m. (sesi petang)

Tempat : Dewan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Perempuan Cina Pulau Pinang

Hari Guru 2013 telah diadakan pada 9.7.2013 (Selasa) di dewan sekolah. Pengawas pusat sumber bertugas pada hari tersebut. Semua persembahan dijalankan dengan lancar dan menarik.

Pengawas pusat sumber yang bertugas di bawah pentas.

 

Konsert Sekolah 2013

Konsert malam sekolah 2013 telah diadakan :

Tarikh : 6.7.2013 (Sabtu)

Masa : 2.00 p.m. – 11.00 p.m.

Tempat : Dewan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Perempuan Cina Pulau Pinang

Konsert malam sekolah 2013 telah diadakan oleh pihak sekolah pada 6.7.2013 (Sabtu).

Pengawas pusat sumber sekolah mempunyai tanggungjawab yang berat dalam konsert ini. Pada 2.00 petang, pengawas pusat sumber telah berkumpul di dewan dan mempunyai raptai terakhir. Ini adalah untuk memastikan Konsert malan sekolah dapat dijalankan dengan lancar dan baik.

Raptai dijalankan pada petang hari konsert.

 

Hari Sukan 2013

Hari Sukan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Perempuan Cina Pulau Pinang telah diadakan :

Tarikh : 21.6.2013 (Jumaat)

Masa : 8.00 a.m. – 12.00 p.m.

Tempat : Padang Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Perempuan Cina Pulau Pinang

Hari Sukan 2013 telah diadakan pada 21.6.2013 (Jumaat). Pengawas pusat sumber telah bertugas pada awal pagi. Mereka bertugas mengawal PA system di depan Foyer.

Pengawas pusat sumber yang bertugas.

Pengawas pusat sumber sedang merekod video.

Semua aktiviti dijalankan dengan lancar. Hari Sukan 2013 tamat pada pukul 12 tengah hari.

Merentas Desa 2013

Merentas Desa Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Perempuan Cina Pulau Pinang telah diadakan :

Tarikh : 2.3.2013 (Sabtu)

Masa : 7.00 a.m. – 10.45 p.m.

Tempat : Padang SMJK Perempuan Cina

Merentas desa 2013 telah diadakan pada 2.3.2013 (Sabtu). Pada awal 7.00 pagi, murid-murid telah berkumpul di padang untuk mengambil kedatangan. Sebelum bertolak, kelab budaya sekolah telah mengetuai semua murid membuat senaman pagi di padang. Pada 8.00 pagi, murid-murid pun bersedia bertolak.

Pengawas pusat sumber sekolah telah bertugas pada awal pagi. Mereka bertugas mengawal PA sistem di depan Foyer dan bertugas sebagai jurugambar.

Pengawas pusat sumber yang bertugas.

Pengawas pusat sumber yang mengambil gambar.

Merentas desa tamat pada pukul 10.45 pagi.

PPS Wireless Combine Camp 2013

PPS Wireless Combine Camp 2013 telah diadakan :

Tarikh : 11.8.2013 (Ahad)

Masa : 8.00 a.m. – 5.00 p.m.

Tempat : Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Perempuan Cina Pulau Pinang.

AWS SMJK Chung Ling dan pusat sumber SMJK Perempuan Cina telah menganjurkan PPS Wireless Combine Camp 2013 pada 11.8.2013 (Ahad). Kem ini dianjurkan oleh pelajar Tingkatan 3 dan 4. Kem ini dianjurkan kerana dapat berkongsi ilmu dan teknik PA sistem.

Pada 8.00 pagi, semua penyerta berkumpul di Auditorium Sekolah Perempuan Cina. Seterusnya, aktiviti pun bermula di dewan sekolah.

Pei Jing dan Ryan memulakan aktiviti kem.

Penyerta dibahagikan kepada beberapa kumpulan

Arahan dan tunjuk ajar diberi kepada penyerta di Auditorium

Selepas semua penyerta makan tengah, aktiviti ‘station game’ pun bermula. Setiap kumpulan pergi ke tempat yang ditetapkan masing-masing.

Semua penyerta beratur mengikut kumpulan.

Ahli kumpulan saling membantu semasa menghadapi cabaran.

Penyerta melakukan tindakan yang diberi oleh ‘stationer’.

Aktiviti dijalankan dengan lancar disebabkan kerjasama daripada semua penyerta. Kem ini tamat pada pukul lima petang.

PPS Wireless Combine Camp 2013

Aktiviti ‘Check Stock’ dan Gotong-royong Pusat Sumber 2013

 

Aktiviti ‘Check Stock’ dan Gotong-royong Pusat Sumber 2013 telah diadakan :

Tarikh : 27.7.2013 (Sabtu)

Masa : 8 a.m. – 12 p.m.

Tempat : Bilik Media, Bilik Visual, Auditorium, Dewan

Aktiviti ‘Check Stock’ dijalankan di beberapa tempat iaitu Auditorium dan dewan. Pengawas pusat sumber mengira dan menyemak jumlah mic, mic wire, mic holder, mic stand dan sebagainya  yang terdapat di dalam bilik stor. Mereka juga memeriksa PA sistem dan membahagikan barang atau alat yang telah buruk.

Aktiviti gotong-royong dijalankan di bilik media, bilik visual dan auditorium. Pengawas pusat sumber tingkatan 2, 3, dan 5 telah menyertai gotong-royong ini. Tujuan gotong-royong ini adalah untuk mengemaskan dan membersihkan bilik-bilik tersebut.

Aktiviti tersebut tamat selepas semua kerja disiapkan.

Pengawas pusat sumber mengelapkan tingkap di luar bilik visual.

CLHS AWS – PCGHS PPS PA Combine Camp 2013

CLHS AWS – PCGHS PPS PA Combine Camp 2013 telah diadakan :

Tarikh : 2.6.2013 (Ahad)

Masa : 7.30 a.m. – 5.30 p.m.

Tempat : Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Ling

Pada 2 Jun 2013, AWS SMJK Chung Ling dan  pusat sumber SMJK Perempuan Cina telah menganjurkan Combine Camp di sekolah Chung Ling. Kem ini dianjur oleh pelajar Tingkatan lima. Tujuan Kem ini adalah untuk pertukaran dan perkongsian ilmu dan teknik PA sistem. 

Terdapat 41 orang pengawas pusat sumber SMJK Perempuan Cina menghadiri kem ini. Pada awal 7.30 pagi, semua penyerta mendaftar di kaunter dan berkumpul di dewan sekolah Chung Ling. Aktiviti dimulakan dengan pengenalan AJK kem ini.

Pengerusi Kem memberi arahan kepada semua penyerta.

Penyerta dibahagikan kepada kumpulan dan membuat pengenalan diri.

Pengajaran ‘Programming’ dijalankan di dewan sekolah Chung Ling.

Pengajaran ICT dijalankan di Bilik ICT.

Pengajaran ‘PA System’ dijalankan di Bilik Wireless.

Selepas itu, semua penyerta menikmati makanan pada 12.30 tengah hari di dewan sekolah Chung Ling. Selepas makan, penyerta bersedia untuk menyertai aktiviti ‘station game’.

Penyerta sekumpulan bekerjasama menghadapi cabaran.

Dua kumpulan bermain dengan berusaha supaya dapat menang.

Aktiviti ‘station game’ dijalankan sehingga pukul 5.00 petang. Setelah itu, semua penyerta berkumpul di dalam dewan untuk menjalankan aktiviti penyampaian hadiah.

Pemenang ‘The Best Male Camper’.

Pemenang ‘The Best Female Camper’.

Kumpulan 9 mendapat ‘ The Best Group’.

Selepas penyampaian hadiah, Kem tersebut pun bersurai. Kem ini tamat pada pukul 5.30 petang.

CLHS AWS – PCGHS PPS PA Combine Camp 2013.

 

Training Camp Pengawas Pusat Sumber 2013

Training camp pengawas pusat sumber 2013 telah diadakan :

Tarikh : 6.4.2013 (Sabtu)

Masa : 8.00a.m. – 2.00p.m.

Tempat : Kawasan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Perempuan Cina Pulau Pinang Auditorium, Dewan, Kantin, Stadium, Foyer, Belanda, Bilik Mesyuarat dan Bilik Gerakan ) 

Tujuan training camp ini adalah untuk mengajar PA sistem yang berada di dalam kawasan sekolah dan melatih pengawas-pengawas pusat sumber percubaan Tingkatan 2, 3. Contohnya, kawasan yang terlibat ialah Auditorium, Dewan, Kantin, Stadium, Foyer, Belanda, Bilik Mesyuarat dan Bilik Gerakan). Selain itu, camp tersebut juga adalah untuk memberitahu peraturan dan tanggungjawab sebagai pusat sumber.

Pada awal pagi, semua pengawas pusat sumber telah berkumpul di Auditorium dan menjalankan pembahagian kumpulan. Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan supaya pergi ke tempat yang ditetapkan masing-masing. Guru-guru pusat sumber juga melibatkan diri dalam training camp ini. Aktivti dijalankan dengan lancar. Selepas itu, semua pengawas pusat sumber percubaan tingkatan 2, 3, dan guru-guru diberi ujian di Auditorium. Ujian tersebut adalah untuk memilih pusat sumber yang lulus dalam ujian dan menguji ilmu yang telah diajar pada awal tadi. Pengawas pusat sumber percubaan yang lulus dalam ujian akan menjadi seorang pengawas pusat sumber. 

Training camp ini tamat pada pukul 2.00 petang.

Pengawas pusat sumber sedang mengajar PA sistem.

Laporan Binding Camp Pengawas Perpustakaan 2013

Binding Camp lembaga perpustakaan  telah diadakan.

Tarikh :29 Jun 2013 (Sabtu)

Masa   : 9.00am hingga 12.00 pm.

Tempat:Perpustakaan Sekolah PCGHS

Binding Camp ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada perpustakawan mempelajari cara membaiki buku. Pengawas perpustakaan telah dibahagikan kepada 10 kumpulan dan mereka perlu bekerjasama untuk membaiki sebuah buku.Mereka telah mempelajari cara menggunakan mesin untuk mengglukan buku.

Pada 11.00 pagi,para perpustakawan telah berbincang tentang persembahan tentang aaniversary.Pada pukul 12.00 petang, kem tersebut bersurai.

Pengawas perpustakaan memberi perhatian kepada penerangan untuk membaiki buku.

Pengawas perpustakaan belajar untuk mengguna mesin untuk mengglukan buku.

Laporan Training Camp Pengawas Perpustakaan 2013

Training Camp lembaga perpustakaan  telah diadakan.

Tarikh :15 Jun 2013 (Sabtu)

Masa   : 8.30am hingga 12.00 pm.

Tempat: Sekolah PCGHS

Traning camp ini diadakan adalah untuk mengajar dan melatih penawas perpustkaan tingkatan 1 yang baru dilantik. Selain itu,pengawas perpustakaan dapat mengenali dan memhami tentang perpustkaan.Pengawas perpustakaan telah dibahagikan kepada 7 kumpulan dan mereka telah belajar tentang tanggungjawab dan kerja mereka dalam perpustkaan.

Pada 11.30 pagi,senior telah memberi ucapan dan memberitahu pengawas perpustakaan tingkatan 1 tentang peraturan dan perlembagaan perpustakaan.Pada pukul 12.00 petang, kem tersebut bersurai.

Pengawas perpustakaan tingkatan 1 mencatatkan

Pengawas perpustakaan memberi ucapan tentang peraturan perpustakaan.

perkara yang diajarkan.

Notis AGM Pengawas Perpustakaan 2013

Kepada semua pengawas perpustakaan,

Semua pengawas perpustakaan dikehendaki menghadiri AGM  kedua 2013. Semua harus hadir tepat pada masa.

Tarikh    :  10/7/2013 (Hari Rabu)

Masa       :  12.30p.m.-1.15p.m.

Tempat  : Perpustakaan